Ahad, 25 Disember 2011

Konsep Peranan Ruang

Ruang Tamu Dan Ruang Keluarga (TV)

Setiap Rumah pasti mempunyai Ruang Tamu dan ruangan ini terletak berhampiran atau selari dengan laluan pintu masuk rumah. Ruang tamu adalah ruangan untuk meraikan kunjungan tetamu dan juga kegunaan peribadi pada waktu-waktu tertentu. Ruangan ini juga boleh dijadikan ruangan rekriasi keluarga sebagai aktiviti harian atau perbincangan bersama keluarga.

Dalam rekabentuk moden masakini ruangan ini menjadi lebih perhatian dan eklusif, tetapi bergantung pada kepengunaan dan permahaman pemilik sendiri. Sesetengah pemilik gemarkan ruang tamu yang berasingan sebagai mewujudkan suasanan rasmi yang tertumpu pada bual bicara bersama tetamu dengan suasana dan kegunaan ruang yang agak luas dan ada juga pemilik lebih suka Ruang Tamu Terbuka iaitu yang bersekali dengan ruang makan dengan suasana santai yang mendekatkan mereka setiap ruang di dalam rumah. Golongan ini lebih gemar bergerak bebas dan beristirehat dimana-mana saja walaupun aktiviti seperti berbaring dan menikmati makanan bersama keluarga tanpa berasa dikongkong, inilah kelebihan ruang tamu terbuka . Penggunaan perabot dan kemasan yang berlainan sudah memadai untuk membezakan setiap ruang.

Susun atur perabut menjadi nadi dalam pembentukan pergerakan, tumpuan utama di ruang tamu ialah keselesaan tempat duduk. Pilihan kerusi dan sofa bergantung kepada kehendak dan kegiatan pemilik rumah. Pemilihan perabut perlulah menitik beratkan saiz dan warna material yang sesuai dengan ruang tamu yang sediada. Kerusi malas sesuai untuk membaca atau tidur siang atau alat fosioterapi yang agak besar (kerusi urut) perabut tersebut tidak salah menggabungkan tempat duduk berlainan fungsi dalam satu ruang asalkan kena gaya, reka bentuk dan suasana. Tetapi perlu diingat hindarkan meletak kerusi bangku berkaki tinggi kerana ini boleh menyebabkan tetamu duduk tertenggek.

Televisyen atau alat pandang dengar dan alatan elektronik berbentuk hiburan menarik tumpuan pada isi ruang tamu, sama ada memiliki televisyen layar besar atau kecil, ia mengisi sebahagian besar masa lapang diruang tamu. Jika kehadiran peralatan ini di ruang tamu dianggap penting, maka sofa hendaklah diatur menghadap televisyen, sebaliknya jika ia dianggap bahan sampingan sahaja eloklah di aturkan beberapa kerusi atau sofa bersayap berhampirannya dan sofa lain diletakkan berjauhan untuk kegunaan orang lain yang mahu berbual. Saiz TV hendaklah sesuai dengan keluasan ruang.   


Dengan mengekalkan konsep formal, pembahagian ruang rekaan ini  memerlukan keluasan ruang yang banyak, untuk tujuan ini penambahan ruang dari pelan asal perlulah sesuai dan tidak melanggari undang-undang binaan banggunan. Jika perlu rujuklah pada arkitek/pelukis pelan atau majlis/perbandaran tempatan terlebih dahulu. Dalam rekaan ini penambahan ruang sebanyak 5’ kehadapan diperlukan (mengikut kelulusan Majlis/pebandaran).